Skip to main content

JABATAN KESELAMATAN  |  KAMPUS INDUK

Unit Siasatan & Risikan

AM

  • Mencari dan mengumpulkan maklumat tentang aktiviti pelajar dalam kampus yang melibatkan aspek keselamatan universiti.
  • Menyiasat semua kes jenayah atau kejadian malang di dalam kampus
  • Memantau aktiviti pekerja kontrak dalam kampus dan memastikan mereka mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh universiti. 
  • Menguatkuasakan disiplin pelajar berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh universiti.

RISIKAN

  • Membuat risikan terhadap sebarang maklumat yang bersifat mendatangkan ancaman atau bahaya kepada seseorang dan harta perkhidmatan atau pelanggan.
  • Membuat pengawasan yang kerap berlaku jenayah.
  • Menyediakan laporan tahap keselamatan kampus dari masa ke semasa.
  • Membuat analisa kes-kes jenayah dan memberi cadangan mengurangkan kes-kes tersebut.
  • Membuat kajian kesesuaian kawasan rondaan dan memberi cadang pengubahsesuaian jika perlu.

SIASATAN DALAMAN

  • Menyiasat semua kes kejadian malang di dalam kampus.
  • Menyiasat kes berdasarkan laporan rasmi.
  • Menyiasat kes berdasarkan maklumat lisan atau melalui trend aktiviti.
  • Membuat rakaman percakapan saksi dan tertuduh.
  • Membuat proses soal siasat.
  • Mengumpul dan mencari bahan bukti.
  • Membuat penandaan ke atas bahan bukti.
  • Mengawal keselamatan penyimpanan bahan bukti.
  • Mengawal kerahsiaan maklumat dan dokumen siasatan.
  • Membentang hasil penuh siasatan.
  • Menyediakan syor dan cadangan mengenai kejadian.

 PEMANTAUAN

  • Membuat pemantauan terhadap warga kampus dan pelawat yang berkemungkinan melakukan kes jenayah.
  • Menyediakan laporan terhadap kes-kes jenayah atau atau aduan jenayah oleh pelajar, staf dan pelawat.
  • Memberi khidmat nasihat dan teguran berhubungan pematuhan peraturan keselamatan yang berkaitan.
  • Mengemaskini statistik dan menyediakan laporan kes jenayah.
  • Menyemak/memeriksa dan mengenal pasti aktiviti seseorang dan pengenalan dirinya.
  • Membuat pemantauan terhadap pekerja kontrak untuk memastikan mereka mempunyai pas kerja yang sah.
  • Memastikan pekerja kontrak berada dalam kawasan kerja yang ditetapkan sahaja.
  • Memastikan pekerja kontrak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti.