Skip to main content

JABATAN KESELAMATAN  |  KAMPUS INDUK

Aluan Pengarah

EDIT 2

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke laman web rasmi Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (JKUSM).

JKUSM diwujudkan bagi mengekalkan suasana aman dan selamat di dalam kampus. Antara peranan JKUSM adalah menjaga keselamatan warga pelajar, staf, bangunan dan harta benda di dalam Universiti, penguatkuasaan peraturan lalu lintas, penyiasatan tempat kejadian jenayah, pencegahan kebakaran dan sebagainya.

Untuk memastikan tahap keselamatan di dalam kampus dalam keadaan terbaik JKUSM akan mewujudkan pasukan keselamatan yang berwibawa, lestari serta seimbang dari segi rohaniah dan fizikal, serta mampu melaksanakan misi dengan efektif dan bertaraf dunia untuk

Bagi pihak JKUSM, saya berharap maklumat mengenai JKUSM ini dapat disebarkan kepada para pengunjung. Saya juga mengalu-alukan maklumbalas daripada pengunjung mengenai laman ini atau pun mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan Keselamatan.

Sila klik Hubungi Kami di ruang atas sebelah kanan laman ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap laman web ini dan seterusnya Laman Sosial JK.