Unit Siasatan & Risikan
AM
- Mencari dan mengumpulkan maklumat tentang aktiviti pelajar dalam kampus yang melibatkan aspek keselamatan universiti.
- Menyiasat semua kes jenayah atau kejadian malang di dalam kampus
- Memantau aktiviti pekerja kontrak dalam kampus dan memastikan mereka mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh universiti.
- Menguatkuasakan disiplin pelajar berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh universiti.
RISIKAN
- Membuat risikan terhadap sebarang maklumat yang bersifat mendatangkan ancaman atau bahaya kepada seseorang dan harta perkhidmatan atau pelanggan.
- Membuat pengawasan yang kerap berlaku jenayah.
- Menyediakan laporan tahap keselamatan kampus dari masa ke semasa.
- Membuat analisa kes-kes jenayah dan memberi cadangan mengurangkan kes-kes tersebut.
- Membuat kajian kesesuaian kawasan rondaan dan memberi cadang pengubahsesuaian jika perlu.
SIASATAN DALAMAN
- Menyiasat semua kes kejadian malang di dalam kampus.
- Menyiasat kes berdasarkan laporan rasmi.
- Menyiasat kes berdasarkan maklumat lisan atau melalui trend aktiviti.
- Membuat rakaman percakapan saksi dan tertuduh.
- Membuat proses soal siasat.
- Mengumpul dan mencari bahan bukti.
- Membuat penandaan ke atas bahan bukti.
- Mengawal keselamatan penyimpanan bahan bukti.
- Mengawal kerahsiaan maklumat dan dokumen siasatan.
- Membentang hasil penuh siasatan.
- Menyediakan syor dan cadangan mengenai kejadian.
PEMANTAUAN
- Membuat pemantauan terhadap warga kampus dan pelawat yang berkemungkinan melakukan kes jenayah.
- Menyediakan laporan terhadap kes-kes jenayah atau atau aduan jenayah oleh pelajar, staf dan pelawat.
- Memberi khidmat nasihat dan teguran berhubungan pematuhan peraturan keselamatan yang berkaitan.
- Mengemaskini statistik dan menyediakan laporan kes jenayah.
- Menyemak/memeriksa dan mengenal pasti aktiviti seseorang dan pengenalan dirinya.
- Membuat pemantauan terhadap pekerja kontrak untuk memastikan mereka mempunyai pas kerja yang sah.
- Memastikan pekerja kontrak berada dalam kawasan kerja yang ditetapkan sahaja.
- Memastikan pekerja kontrak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti.