Skip to main content

JABATAN KESELAMATAN  |  KAMPUS INDUK

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π‡πˆπ‰π€π” 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐊𝐏 π”π’πŒ πŸπŸŽπŸπŸ”

 

WhatsApp Image 2026 11 12 at 3.47.36 PM

Alhamdulillah, pada 11 November 2026 telah berlangsung Majlis Anugerah Pejabat Hijau dan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) USM 2026.

Syukur ke hadrat Allah SWT, ketiga-tiga kampus Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu Jabatan Keselamatan (JK) Kampus Induk, JK Kampus Kejuruteraan dan JK Kampus Kesihatan telah berjaya memperoleh pengiktirafan 5 Daun.

Pencapaian membanggakan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan usaha berterusan seluruh warga JK dalam membudayakan amalan pejabat hijau, menjaga kelestarian alam sekitar serta memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga JK di ketiga-tiga kampus atas kejayaan yang telah dicapai.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, mengekalkan persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan lestari demi kecemerlangan USM.

Tahniah dan syabas! Ke arah kampus hijau, selamat dan sejahtera.