Sejarah

Sejarah Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Malaysia

        Bermula dengan kawalan keselamatan oleh Syarikat Safeguard Sdn. Bhd. iaitu semasa Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan pada tahun 1969. Pada 20 Mei 1974 kawalan keselamatan telah diambilalih oleh Pusat Keselamatan, USM yang kini dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dengan keanggotaan asal terdiri daripada seorang Pegawai Keselamatan dan 33 orang Pengawal Keselamatan termasuk 4 orang penyelia. Pada masa yang sama sehingga tahun 1978, Jabatan Keselamatan masih lagi membuat kawalan di dua tempat iaitu di kampus induk  dan Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugor (RECSAM) yang dipinjamkan oleh Kementerian Pelajaran.

        Pada tahun 1982, Jabatan Keselamatan cawangan Kampus Kesihatan telah ditubuhkan di Kubang Kerian, Kelantan dan cawangan Kampus Kejuruteraan ditubuhkan di Ipoh pada tahun 1986, kemudian berpindah ke Tronoh dan sekarang di Transkerian, Nibong Tebal. Terkini satu lagi cawangan ditempatkan di IPPT (Bertam) pada tahun 2006 termasuklah beberapa Pengawal Keselamatan ditempatkan di Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) di Muka Head, Teluk Bahang, Tapak Arkeologi Lenggong, Perak dan Tapak Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah.

       Sejak awal penubuhannya sehingga awal tahun 2004, pejabat Jabatan Keselamatan adalah di bangunan D01 dan D02 (kini dikenali sebagai Anjung Budi) dan pada 07 Mei 2004, pejabat Jabatan Keselamatan telah berpindah ke bangunan L21 bersebelahan dengan Jabatan Pembangunan.

       Sejak penubuhan Jabatan Keselamatan sehingga kini, bilangan staf Jabatan Keselamatan telah ditambah sejajar dengan cabaran dan permasalahan yang semakin meningkat di dalam kampus. Kini keanggotaan Jabatan Keselamatan adalah seperti berikut :

KampusInduk

(IPPT, Lembah Bujang, Lenggong)

Kampus Kejuruteraan

Kampus Kesihatan

Jumlah

182

51

129

362

                                                                  Jumlah ini adalah dari skim Keselamatan dan Pertahanan Awan (KP)