Peranan

Jabatan Keselamatan USM adalah berperanan menjamin kesejahteraan dan keselamatan aset universiti, warga universiti dan pelawat yang berurusan dalam kampus. Bagi memastikan perkara ini berlaku, Jabatan Keselamatan USM melaksanakan kawalan keselamatan secara 24 jam ( bergilir-gilir), rondaan Check Point (CP) di bangunan Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta Desasiswa, tapisan keselamatan di pintu-pintu masuk universiti, membuat pemeriksaan terhadap pagar/sempadan universiti dan  mengawal aliran trafik dalam kampus. Disamping itu, Jabatan Keselamatan USM melaksanakan tugas-tugas siasatan dan risikan bagi membendung dan mencegah jenayah kepada warga kampus khasnya.